Adalah normal jika kita mempunyai alahan terhadap sesuatu. Di sini saya bercerita serba sedikit berkenaan dengan 

alahan yang sering kita jumpa di kalangan teman rapat dan ahli keluarga


Tanda-tanda alahan :


1) Bersin. 

2) Gatal-gatal hidung. 

3) Hidung tersumbat. 

4) Berhingus. 

5) Mata terasa gatal-gatal. 

6) Mata menjadi kemerah-merahan dan seperti menangis. 

7) Kadangkala batuk. 

8) Lelangit terasa gatal. 

9) Nafas berbunyi. 

10) Naik jerawat di badan atau jerawat halus di muka.

11) Pening dan migrain




Cara mengawal alahan


Banyak jenis dan sebab terjadi alahan. Alahan popular seperti berikut


1)Alahan habuk

   a- jika alahan disebabkan habuk, pastikan tingkap bilik dibuka sekali sekala untuk 

      menggantikan udara yang terperap di dalam bilik

   b- gunakan penyedut hampagas jika boleh bagi mengelakkan habuk berterbangan ketika menyapu.

   c- kerap membersihkan permukaan yang boleh mengumpul habuk bagi mengelakkan kesan alahan.

   d- jika berada di tempat yang berhabuk (seperti kilang kayu, kawasan pembinaan), pakai 

      penutup mulut dan hidung bagi mengurangkan kontak hidung dengan habuk


2)Alahan makanan

  a- jika boleh, elakkan makanan penyebab alahan

  b- sesekali jika teringin mengambil makanan tersebut, pastikan ia disediakan dengan bersih dan 

     makan ubat anti alahan terlebih dahulu.

  c- kebanyakan alahan makanan sekarang berpunca daripada penyediaan yang kurang bersih. Pastikan

     makanan disediakan dengan bersih dan makan di persekitaran yang bersih. 

  d- jangan sesekali makan jika makanan segera yang diambil dari bungkusan yang tidak rapi,terdedah

     atau tamat tempoh.


3)Alahan haiwan peliharaan

  a- kucing, hamster dan arnab memang comel tapi tidak selamat bagi penghidap alahan.

  b- selepas bermain dengan haiwan peliharaan, basuh tangan setap kali selepas memegang mereka. 

     Jika perlu, pakai sarung tangan.

  c- jangan tidur sekatil dengan haiwan peliharaan, walaupun anda rapat dan sayang dengan mereka.

  d- kerap cuci sangkar, mainan, bekas makanan dan haiwan peliharaan secara berkala.Ini mengelakkan bulu mereka 

     bergumpal atau memerangkap kotoran. Haiwan yang kotor dapat menjangkiti tuannya juga.

  


4)Alahan bahan kimia

 a- anda terpaksa rajin dan cerewet ketika membeli bahan mencuci, pewangi dan kosmetik. Baca label

    pada produk dan teliti jika anda mempunyai alahan kepada bahan yang tersenarai. Langkah ini tiada kompromi

    walaupunpruduk itu menjanjikan kecantikan dan wangian yang mungkin anda suka.

 b- simpan semua racun, pencuci, kosmetik dan bahan kimia dengan baik bagi mengelakkan kebocoran.

 c- jangan duduk berdekatan debgan bahan-bahan tersebut. Jika orang yang berdekatan dengan anda memakai produk

    yang anda alah, beredar segera atau beritahu padanya dengan jujur.



 

Make a free website with Yola