MASALAH  BADAN  BERAT  AIR


Kadang kadang badan kita hampir mencapai berat ideal tetapi bentuk badan masih tidak mencapai target. Tangan sesekali memicit lebihan kulit bawah lengan dan diperut, rasa masih gemuh walaupun berat tidaklah selebih mana.

Masalah bentuk badan, masalah biasa yang hampir semua orang hadapi waima orang yang kurus. Ada dua kemungkinan dalam kes ini;

  • Minum terlalu banyak air manis atau berkafein
  • Mengambil banyak makanan bergaram/berperisa/ segera 

Dua masalah ni, jika kita berdiet secara biasa, memang tidak berhasil malah mungkin akan menambah masalah.

Kita akan bincangkan satu per satu, bermula dengan masalah berat air atau water retention.

Masalah berat air disebabkan air berlebihan atau ‘bertakung’ dalam badan. Masalah ini buat bentuk badan agak mengelambir dan lembik dan membuat badan ‘letih’.  Masalah gemuk air disebabkan oleh tabiat kita seperti berikut;

  • Minum banyak air kosong
  • Kurangkan makanan bergaram atau berperisa
  • Kurangkan makanan segera termasuk jajan (junkfood seperti Twisties dan potato chips)
  • Bersenam dan beri tumpuan kepada tempat tempat yang mengeleber.

Menggunakan pakaian dalam sokongan (korset dan girdle) dan losyen kuruskan badan agak membantu dalam kes ini, tetapi saranan di atas tidak boleh ditinggalkan jika inginkan bentuk badan yang cantik dan mantap.

 

Make a free website with Yola