Selulit?


Selulit atau kulit oren pada kulit (biasanya di pangkal paha) memang menyakitkan mata bila melihatnya.

Bentuk umumnya seperti garisan berbelang pada kulit, sesetengahnya berbonjol memang buruk pada pandangan mata.Mangsa selulit selalunya wanita.

bentuk-bentuk selulit;

a) selulit yang cuma terlihat di bawah cahaya

b) selulit yang jelas terlihat dan dapat dirasai

c) selulit yang jelas berbonjol 


banyak punca yang menyebabkan selulit. Antaranya;

a) hormon

b) badan menakung air ( dikenali juga sebagai gemuk air atau 'water retention')

c) jantina; perempuan lebih kerap diserang masalah ini berbanding lelaki

d) diet yang keras atau tidak sesuai dengan badan

e) gaya hidup


cara menghilangkan selulit

a)banyak minum air kosong.

  Eh, kalau badan takung air, kan kena buang air yang bertakung tu?

  Betul air yang terkumpul dalam badan (atau bertakung) perlu dibuang. Punca air bertakung kerana amalam diet kita yang banyak gula dan garam. Tabiat ini bertambah buruk jika kita kurang minum air kosong. Garam dan gula yang berlebihan tidak keluar dari badan tapi menarik air dan berkumpul di badan. Amalan minum air kosong dapat membantu mencairkan gula dan air dalam badan sekaligus mengeluarkan bahan buangan ini dari badan.


b)amalkan diet yang betul

Jangan amalkan diet yang sedang popular, jika tidak sesuai dengan keperluan anda. Secara asasnya, pecahan makanan harian kita perlu menjadi 4-6 kali. Masalah yang mungkin timbul untuk kita ialah apa yang boleh atau tidak boleh kita makan. Amalan crash diet; makan terlalu sedikit dari sepatutnya, memudaratkan kita.


c)bersenam

Bersenam diakui dapat melancarkan aliran darah dan cecair dalam badan. Jadi, masalah air bertakung dalam badan dapat dikurangkan dan selulit boleh berkurang.

d)terapi

  Kaedah terapi  juga boleh membantu selepas kita lakukan kaedah konvensional, untuk mencepatkan proses menyingkirkan selulit. Terapi seperti sauna,mandi rempah dsb boleh membantu menyingkirkan selulit. Amalan mengurut tempat yang mempunyai selulit dengan losyen atau minyak halia digalakkan untuk mencairkan lemak dan melancarkan aliran darah di kawasan berkenaan.


e)amalkan gaya hidup sihat

gaya hidup moden yang menekan juga menyumbang kepada pembentukan selulit. Duduk atau berdiri terlalu lama, waktu makan yang tidak tetap antara kerap terjadi. senaman regangan antara waktu kerja sekurang kurangnya mengawal rasa tertekan dan melancarkan aliran darah.





 
 

Make a free website with Yola