10 tips mudah untuk tidur lena

  1. 1.       Tentukan gelombang tidur.

    Gelombang mengantuk datang dalam masa 60-90 minit. Bila rasa mengantuk sudah datang tapi anda tangguhkan untuk membaca contohnya, anda sudah kehilangan gelombang mengantuk dan perlu menunggunya datang kembali. Ketika ia datang, tetapkan tempat tidur anda. Gelombang ini datang dalam tempoh 5-7 minit sahaja.


    2.       Tidur pada waktu yang sepatutnya

    Tidur malam pada waktu yang tetap membantu anda mendapat tidur yang teratur dalam jangka masa panjang. Ketika tengah hari, ambil masa untuk tidur sekejap 10-30 minit tetepi jangan terlalu lama. Tidur siang yang lama mengganggu tidur malam anda.


    3.       Nyahkan emosi ketika tidur

    4.       Bersihkan tempat tidur

    Cadar dan selimut yang digunakan berterusan memerangkap kuman dan habuk.

    Kuman dan habuk jika tidak dibersihkan akan memberi kesan kepada kulit anda dan boleh mengganggu tidur


    5.       Bangun pada masa yang sama

    6.       Nikmati tidur

    Tutup lampu untuk tidur lebih nyenyak. Jika terlalu gelap, usahakan guna lampu malam atau buka satu lampu yang agak jauh dari mata anda.


    7.       Bilik tidur hanya untuk tidur

    Elakkan membawa kerja ke tempat tidur. Kerja walaupun seringan membaca buku atau menonton video boleh merosakkan aktiviti tidur.


    8.       Jauhi tidur ayam

    9.       Cuba tidur sendiri

    Tidur sendiri tanpa teman boleh mengurangkan gangguan. Bagi pasangan berkahwin, anak kecil boleh diletakkan di katilnya bersebelahan katik anda. Anak yang agak besar (2 tahun contohnya) perlu disediakan bilik berasingan.


    10.   Jangan tertekan kerana tidak tidur.

 

Sumber; majalah Rapi

 

Make a free website with Yola